Selasa, 28 September 2010

KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)

Tajuk-tajuk kecil
PENGENALAN
Definasi Rangkaian
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
Sistem Rangkaian Komputer
Rangkaian Setempat (Local Area Network)
A . Jenis-jenis LAN
B. Komponen-komponen untuk LAN
C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN
Penutup
PENGENALAN

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).

Definasi Rangkaian

Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)

Berkongsi Fail

Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
Menimdahkan Fail

Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos

Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data

Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll

Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)

Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
Sistem Rangkaian Komputer
Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:Bil Sistem Rangkaian Komputer Saiz Kawasan Contoh
1. Local Area Network (LAN) Kawasan Kecil (10km) Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
2. Metropolitan Area Network (MAN) Kawasan lebih besar

(10-50km) Bandar, negeri.
3 Wide Area Network (WAN) Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km) Seluruh dunia, negara,

Internet


Rangkaian Setempat (Local Area Network)
Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Komponen-komponen LAN
Topologi LAN
Kesan dari LAN
A . Jenis-jenis LAN

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIXKelebihan Kelemahan
Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan. Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.Kelebihan Kelemahan
Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
Sesuai untuk organisasi yang kecil. Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
Lambat berbanding dengan sistem client-server.


B. Komponen-komponen untuk LAN

1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D
2. Stasen kerja (Workstation)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.
3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)
NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.
Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),

10Base (RM 120)
Token Ring Card
LocalTalk Connector
4. Kabel
Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.Bil Jenis Kabel Keserasian
Ethernet Token Ring Arcnet FDDI
I Coaxial Ya Tidak Ya Tidak
II Shieled Twisted Pair (STP) Ya Ya Ya Tidak
III Unshieled Twisted Pair (UTP) Tidak Ya Ya Tidak
IV Fiber Optic Tidak Ya Ya Ya


Jadual Keserasian Kabel dengan ProtokolBil Jenis Kabel Kecekapan
Kelajuan Ketahanan Harga
I Coaxial Cepat Lebih Baik Sedang
II Shieled Twisted Pair (STP) Lebih cepat Baik Rendah
III Unshieled Twisted Pair (UTP) Dapat diterima Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik Terendah
IV Fiber Optic

Paling laju Kebal terharap interferen elektromagnetik Tertinggi

Jadual Kecekapan Kabel
Soket (Connector) Jenis Kabel Jenis Soket
I Coaxial BNC dan BNC T-Connector
II Shieled Twisted Pair (STP) RJ-45
III Unshieled Twisted Pair (UTP) RJ-45
IV Fiber Optic ST Connector, SC Connector



Alat tambahan
a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan
wayar ke dalam soket.
b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.

Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).

Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.

Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)
5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)
Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
Mengelola permintaan layanan printer.
Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.
Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX
6. Hab(Hub)
Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways
Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.
8. Router
Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
9. Perisian aplikasi
Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll.
C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN

Jenis-jenis Topologi Fizikal

Bas (Linear Bus)
Bintang (Star)
Cincin (Star-wired Ring)
Tree
i. Bas (Linear Bus)
Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.Kelebihan Kelemahan
Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
Murah.
Sesuai untuk rangkaian yang kecil. Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
Memerlukan terminator untuk kedua- dua hujung kabel tulang belakang .
Sukar mengesan kerosakan.
Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk

Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic

Terminator: Terminater 50 ohm

Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector

Protocol: Ethernet , LocalTalk

ii. Bintang (Star)
Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.Kelebihan Kelemahan
Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti.
Tiada perlanggaran (collision) data.
Mudah untuk mengesan kerosakan .
Mudah dikembangkan. Penggunaan banyak kabel.
Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi.
Lebih mahal berbanding dengan linear bus.

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk

Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic

Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector

Protocol: Ethernet , LocalTalk

Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports ,
Ethernet Hub 16 ports

iii. Cincin (Star-wired Ring)
Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.Kelebihan Kelemahan
Penghantaran data laju.
Dapat melayan lalu lintas data yang padat.
Masa untuk mengakses data optimal.
Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar.
Sukar mengesan punca kerosakan.

Jenis NIC : Token Ring Card

Kabel: Twisted- pair

Connector: RJ-45,

Protocol: Token Ring

Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat
melalui cincin (Ring)
iv. Tree
Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang basKelebihan Kelemahan
Penulisan titik ke titik (point-to-point writing) untuk bahagian idividu
Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian. Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan.
Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain.
Sukar dalam configurasi dan pendawaian

Jenis NIC : Ethernet Card,

Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial

Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector

Protocol: Ethernet

Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Penutup

Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.

Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa ki
n

Senin, 27 September 2010

CARA CEPAT BELAJAR BACA KITAB KUNING


  • Jika mau berusaha, niscaya dalam waktu 3-6 bulan, seorang santri sudah bisa membaca kitab kuning secara baik dan benar. Mengenai makna atau arti, itu urusan kamus.


    Diakui atau tidak, banyak umat Islam yang tidak bisa membaca Alquran dengan baik dan benar. Dan, jangankan seluruh ayat-ayat Alquran, surah Alfatihah saja, terkadang masih banyak yang belum fasih dalam membacanya. Termasuk, mereka yang sudah berhaji sekali pun.

    Bila membaca Alquran yang sudah ada harakatnya saja kesulitan, tentu akan lebih sulit lagi apabila membaca kitab kuning yang ditulis tanpa ada harakatnya. ''Ya, inilah tantangan kita semua. Sebenarnya, membaca kitab kuning itu mudah, asal tahu caranya,'' kata KH Taufiqul Hakim, penemu metode cara cepat membaca kitab kuning, yang juga pengasuh Ponpes Darul Falah, Bangsri, Jepara, akhir pekan lalu, saat mewisuda 25 santri putra dan putri dari Ponpes Al-Matin, Ciputat, Tangerang.

    Kepada Syahruddin El-Fikri dari Republika, pria kelahiran Jepara, 34 tahun yang lalu ini bercerita tentang awal mula menemukan Metode Amtsilati yang dikembangkannya. Berikut perbincangannya.


    Bagaimana awalnya sehingga Ustaz membuat metode cara cepat membaca kitab kuning?
    Seperti kebanyakan para santri yang mondok di pesantren, setelah lulus atau tamat, mereka banyak yang kesulitan membaca kitab kuning. Padahal, mereka menuntut ilmu di pesantren hingga waktu yang lama. Ada yang tiga tahun, lima tahun, bahkan ada yang sampai 10 tahun.

    Dan, selama itu pula, mereka biasanya mengaji kitab kuning dengan para pengasuh pesantren, ustaz, maupun santri senior yang memiliki kemampuan dalam membaca kitab kuning.

    Selama di pesantren, mereka mendapatkan pelajaran, seperti nahwu yang dipelajari dari kitab kuning, di antaranyaAjurumiyah, Alfiyah Ibnu Malik, Nazam Imrithi, dan nahwu al-Wadlih. Begitu juga, dengan ilmu sharaf, seperti kitab tashrif yang memuat sekian ratus hingga ribuan tashrif untuk sebuah kata.

    Agar memahami materi dalam kitab nahwu maupun sharaf itu, mereka umumnya harus menghafalkan. Kalau tidak hafal, biasanya mereka kesulitan untuk mempraktikkannya saat membaca kitab kuning.

    Karena sudah sekian lama belajar, kemudian mereka keluar dari pondok pesantren, ada sebagian di antaranya yang tidak mampu lagi membaca kitab kuning. Bahkan, kedudukan masing-masing kalimat atau kata sudah tidak diketahui lagi.

    Hal ini pula yang saya alami. Sekitar seribu nazam Alfiyah yang pernah saya pelajari dan hafalkan hingga selesai sekolah di madrasah aliyah, saya tidak tahu apa kegunaannya. Akhirnya, semuanya hilang. Sementara itu, keinginan untuk membaca kitab kuning sangat kuat. Namun, membaca secara baik dan benar kesulitan.

    Berdasarkan pengalaman pribadi ini, akhirnya saya mencoba membaca sedikit demi sedikit. Kemudian, ayat-ayat yang ada dalam Alquran atau kitab kuning saya coba tulis dalam bentuk selembar kertas lengkap dengan harakatnya. Lalu, setelah saya baca, kemudian saya pahami, saya tulis lagi ayat-ayat tersebut pada kertas lainnya tanpa harakat. Saya terus praktikkan seperti itu, hingga akhirnya saya mulai bisa membaca tulisan arab yang tanpa harakat dengan benar.

    Setelah itu, saya cari dasarnya. Kenapa tulisan mim dan nun seringkali dibaca min, dan jarang sekali dibaca man. Lalu, mengapa setiap akhir dari kata min itu, selalu diakhiri dengan huruf berharakat kasrah (bawah). Apa dasarnya dan bagaimana kedudukannya?

    Nah, dasar dan kedudukannya itu kemudian saya cari dalam Alfiyah. Oh, ternyata kata min itu adalah bentuk huruf jer yang memberi harakat di bawah pada akhir huruf dari kata berikutnya. Misalnya, min al-Suuki, min al-madrasati, dan min funduqi.

    Begitu juga, dengan kata ilaa, 'an, 'ala, fi, bi, li, rubba, dan ka. Dari situs, akhirnya saya dapat kesimpulan bahwa setiap ada huruf jer ini, kata berikutnya akan berharakat kasrah pada huruf terakhirnya. Begitulah seterusnya.

    Bagaimana kemudian Ustaz memformulasikannya ke dalam sebuah buku Amtsilati itu?
    Setelah saya meyakini bahwa apa yang saya pelajari sudah benar. Kemudian, saya coba praktikkan kepada beberapa teman saya yang dulu sempat mondok juga dan pada seorang anak kecil yang berumur sekitar delapan tahun.

    Tanpa disangka-sangka, setelah saya ajarkan metode itu, kemudian saya suruh mereka menghafalkan beberapa nazam yang menjadi dasar dari kalimat atau kata yang dipelajari, mereka pun mampu mengungkapnya dengan baik dan benar.

    Maka, mulai dari situlah saya yakin, metode ini bisa memberi manfaat bagi orang banyak, termasuk mereka yang tidak atau belum mengenal huruf hijaiyah sekalipun. Dari situlah, akhirnya saya menulis buku Amtsilati tersebut.

    Berapa lama Ustaz menuliskan metode dan kaidah itu ke dalam buku Amtsilati tersebut?
    Prosesnya memang cukup panjang dan unik pula. Setelah saya menyelesaikan pendidikan di Mathaliul Falah, Kajen, Pati, saya mendapatkan pelajaran Alfiyah. Saya tidak mengerti, yang penting disuruh menghafal dulu. Setelah hafal, saya bingung mau diapakan seribu nazam yang telah saya hafalkan itu. Baru naik kelas dua aliyah, mulai sedikit memahami akan kegunaannya. Dan, ketika lulus seperti yang saya ceritakan itu, saya mencoba mempraktikkannya, sedikit demi sedikit.

    Lalu, ketika keinginan makin besar dan saya kebingungan bagaimana menuliskannya, saya kemudian sempat menuntut ilmu lagi di Ponpes al-Manshur, Popongan, Klaten, pimpinan KH Salman Dahlawi.

    Di Ponpes ini saya mondok dengan sepenuhnya mengambil pendidikan thoriqah (tarekat--Red). Saya bertekad, tidak akan pulang ke rumah sebelum khatam thoriqah (tamat tarekat), mumpung belum menikah, ketika itu tahun 1996.

    Alhamdulillah, selama 100 hari saya diberi anugerah Allah bisa menghatamkan thoriqah, yang mestinya ditempuh sampai lima tahunan. Saya kemudian pulang kampung.

    Dari sini, selama beberapa tahun, tepatnya sekitar tahun 2000 saya meneruskan pondok yang pernah saya rintis sewaktu tamat dari Mathaliul Falah.

    Ketika itulah, saya sempat mendengar ada sistem belajar cepat membaca Alquran yang dikenal dengan metode Qiroati. Terdorong dari metode Qiroati yang mengupas cara membaca Alquran yang ada harakatnya, saya ingin menulis yang bisa digunakan untuk membaca yang tidak ada harakatnya.

    Memang, ketika orang mendengar nama nahwu, yang dipikirkan akan menjadi ngelu. Membaca buku atau kitab sharaf, seolah-olah membikin tegang syaraf. Maka, terbetiklah nama Amtsilati yang berarti beberapa contoh. Maka, mulai tanggal 27 Rajab, tepatnya tahun 2001 M, saya mulai merenung dan muncul pemikiran untuk mujahadah.

    Di dunia tarekat, istilah ini sering digunakan ketika seseorang mengalami kesulitan lalu melakukan mujahadah agar mendapatkan petunjuk. Sambil mengamalkan doa-doa yang ada dan jika seseorang itu ikhlas melaksanakannya, niscaya akan diberi kemudahan. Mulailah saya melakukan mujahadah setiap hari hingga tanggal 17 ramadhan atau bertepatan dengan Nuzulul Quran. Kadang, ketika mujahadah, saya sempat ziarah ke makam Mbah Ahmad Mutamakkin, Kudus.

    Dalam mujahadah itu, saya merasa berjumpa dengan Syekh Muhammad Baha'uddin An-Naqsyabandiyyah, Syekh Ahmad Mutamakkin, dan Imam Ibnu Malik. Hari itulah, pada 17 Ramadhan itu, saya merasa ada dorongan yang sangat kuat untuk segera menuliskannya. Dan, Alhamdulillah, dorongan itu saya lakukan hingga akhirnya tanggal 27 Ramadhan atau 10 hari ketika saya memulai menulis, terwujudlah buku Amtsilati dalam tulisan tangan.

    Selanjutnya, naskahnya diketik oleh beberapa sahabat saya, yang kurang lebih membutuhkan waktu sekitar satu tahun, karena dilengkapi pula dengan khulashah dan dasar-dasar dari setiap contoh kata. Dari 10 ribu nazam Alfiyah hanya ada sekitar 184 yang kami pakai dalam buku Amtsilati. Dan, Insya Allah, itu semua sudah mencakup keseluruhan Alfiyah. Dan, selanjutnya, buku itu kami cetak sebanyak 300 eksemplar.

    Bagaimana tanggapan masyarakat atas buku ini?
    Ya, pertama kali, untuk membuktikan apakah metode yang saya gunakan berhasil, diadakanlah bedah buku pada 22 Juni 2002 di Jepara. Alhamdulillah, beragam tanggapan muncul, ada yang pro dan ada pula yang kontra.

    Rupanya, dalam bedah buku di Jepara itu, ada seorang peserta yang tertarik kemudian mengundang kami menyampaikan lagi di Ponpes Manba'ul Quran di Mojokerto.

    Untuk acara di Mojokerto, kami cetak lagi buku Amtsilati sebanyak seribu eksemplar. Alhamdulillah, responsnya sangat positif. Dari sini kemudian, berbagai undangan pelatihan kami terima. Baik yang diselenggarakan oleh perguruan Tinggi seperti Universitas Darul Ulum (Undar), Jombang, juga di Jember, Pamekasan, dan beberapa kota lainnya, termasuk Malaysia.

    Bahkan, setelah seminar dari seminar, lalu pelatihan ke pelatihan, semakin meluaslah buku Amtsilati dan banyak masyarakat yang menyambut baik buku yang kami tulis tersebut. Alhamdulillah, hingga saat ini, buku Amtsilati telah terjual sebanyak tujuh juta eksemplar.

    Dan, banyak pula kalangan mahasiswa, baik setingkat S-1 hingga S-3 yang tertarik untuk melakukan penelitian tentang metode yang kami tulis. Alhamdulillah, semuanya memberikan respons positif.

    Apakah buku ini bisa dipelajari sendiri tanpa harus melalui seorang guru?
    Ya, ini yang sekarang menjadi tantangan bagi kami untuk melakukannya. Terus terang, hingga saat ini saya sangat berharap metode Amtsilati bisa dipelajari setiap orang. Tapi, untuk saat ini, harus dengan seorang guru atau koordinator pesantren yang kami tunjuk. Saya masih khawatir, metode yang kami harapkan, yaitu seseorang bisa membaca kitab kuning dalam jangka waktu antara 3-6 bulan selesai. Nah, bila sendirian, saya khawatir hal itu tidak terpenuhi.

    Jadi, untuk sementara ini, hendaknya bisa melalui koordinator pesantren yang telah kami tunjuk. Alhamdulillah, jumlah koordinator pesantrennya sudah cukup banyak tersebar mulai dari Jawa Timur, Jawa Tengah, Jawa Barat, Jabodetabek, Kalimantan, Sumatra, dan lainnya.

    Apakah buku ini juga dijual bebas?
    Untuk sementara tidak dijual bebas. Seperti tadi, saya khawatir mereka yang belajar sendiri akan kesulitan memahaminya. Lebih baiknya, silakan mereka menghubungi pesantren-pesantren yang ada, silakan mencari bukunya di sana dan bisa belajar Amtsilati kepada mereka.

    Apalagi, buku Amtsilati itu ada lima jilid, yang perlu penjelasan dari seorang guru. Mereka yang belajar tidak diperkenankan naik ke jilid berikutnya sebelum selesai jilid di bawahnya.


    Apa harapan selanjutnya dari buku ini?
    Saya berharap, makin banyak orang yang bisa membaca kitab kuning dengan baik dan benar. Yang penting bisa baca dulu, tahu kedudukan dari setiap kata dan kalimatnya, bisa memberikan harakatnya dengan tepat. Itu yang penting. Mengenai maknanya, gampang, nanti tinggal buka di kamus, akan didapatkan makna atau arti dari kalimat itu.

    Dan, selanjutnya, yang saya harapkan, ada santri yang mampu membuat lebih cepat lagi sehingga makin mudah bagi seseorang untuk belajar membaca kitab kuning.


    Agama Islam Itu Hebat

    ''Agama Islam itu hebat dibandingkan dengan agama lainnya,'' kata KH Taufiqul Hakim menegaskan.

    Mengapa? ''Karena sejak 14 abad silam, Alquran sudah membuat dan menuliskan berbagai teori yang sekarang banyak diklaim umat lain,'' paparnya.

    Ia menyebutkan, beberapa penemuan ilmuwan dari Eropa, seperti kompas, mesiu, dan mesin percetakan. Ketiga jenis penemuan ini, ungkapnya, merupakan kunci dalam membuka cakrawala dunia.

    ''Maknanya dari ketiga jenis penemuan itu adalah umat Islam itu harus cerdas,'' katanya menegaskan.

    Pria kelahiran Jepara, pada 14 Juni 1975 ini menyebutkan, kompas yang menunjukkan arah mata angin, seperti timur, barat, utara, dan selatan, justru telah dibicarakan oleh Alquran 14 abad silam.

    ''Kita punya kompas sejati, yaitu Alquran. Artinya, bila kompas menunjukkan arah manusia untuk menuju satu tempat dan dengan itu dia bisa selamat, Alquran justru akan menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. Dengan Alquran, tentu kita akan bisa menguasai dunia,'' terangnya.

    Kemudian, penemuan mesiu. Ketika masyarakat Eropa menggunakan mesiu dan memanfaatkannya sebagai senjata, jelas suami Hj Faizatul Mahsunah ini, umat Islam juga punya senjata yang sangat ampuh. Senjata itu berupa doa, zikir, asmaul husna, shalawat, dan wirid.

    ''Dengan niat yang tulus, ikhlas, dan semata-mata hanya karena Allah, niscaya Allah akan memudahkan kita mencapai kemajuan, asal dibarengi dengan usaha yang sungguh-sungguh,'' jelasnya.

    Alquran, papar bapak dua anak ini, merupakan sumber ilmu pengetahuan, yang memungkinkan setiap umat Islam untuk terus menggalinya dan mengamalkannya dalam kehidupan.

    Selanjutnya, ketika bangsa Eropa menemukan mesin percetakan untuk mendistribusikan ilmu pengetahuan, jauh sebelumnya Alquran sudah membicarakannya. ''Iqra' bismirabbikal ladzi khalaq, Khalaqal Insana min 'Alaq, Iqra' wa rabbukal akram. Alladzi 'allama bil qolam. 'Allamal Insana maa lam ya'lam. Alquran sudah mengajarkan manusia untuk membaca dan menulis. Kemudian, hadirnya sekolah-sekolah dan madrasah yang mampu mencetak generasi Islam yang lebih baik,'' katanya.

    Lembaga pendidikan, menurutnya, jauh lebih hebat dari hanya sebuah mesin percetakan. ''Kalau mesin percetakan bisa dicetak untuk mendistribusikan sebuah buku dari seorang penulis, sebaliknya lembaga pendidikan bisa mencetak dan menghasilkan penulis-penulis buku yang hebat,'' terangnya.
    Oleh karena itu, KH Taufiqul Hakim mengimbau umat Islam, senantiasa mempelajari Alquran dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. sy